11 Januari 2009

ke mane umat Islam

RAKYAT Palestin memenuhi pusat bantuan PBB di kem pelarian Shati untuk mengambil makanan di Gaza, semalam.
PBB dakwa Tel Aviv langgar peraturanGENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Israel disiasat atas tuduhan jenayah perang berhubung pengeboman sebuah rumah yang sesak dengan orang awam Palestin yang berlindung daripada bedilan tentera rejim Zionis berkenaan. Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Navi Pillay, berkata pengeboman itu mempunyai unsur jenayah perang.
Kenyataan berkenaan menyusuli dakwaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bahawa Tel Aviv melanggar peraturan perang apabila gagal membantu mereka yang cedera dalam insiden yang sama. Insiden terbabit berlaku Isnin lalu di Zeitoun, Bandaraya Gaza di mana tentera Israel yang memasuki daerah berkenaan mengetuk pintu rumah puak Samouni dan mengarahkan mereka keluar dan memasuki sebuah bangunan lain. Kira-kira 24 jam selepas arahan itu diberi bangunan yang sesak dengan ahli puak Samouni itu dibedil oleh tentera Israel, membunuh 30 orang.

uitm

uitm